Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Umat Islam Uyghur bimbang penularan koronavirus di kem tahanan di China

Umat Islam Uyghur bimbang penularan koronavirus di kem tahanan di China

Oleh MALAYSIA DATELINEFebruary 12, 2020 3:19 pm




Beberapa orang ahli komuniti Uyghur Alberta menyertai pemimpin-pemimpin perubatan dan perubatan di Calgary minggu lalu menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penularan koronavirus yang besar kemungkinan boleh mendatangkan situasi buruk kepada etnik berkenaan di China.

Menurut laporan Calgary TV News, dianggarkan sejuta orang daripada umat Islam Uyghur telah dipaksa bekerja di kem-kem di bahagian timur semenanjung Xinjiang, China sejak 2017.

Para doktor dan penganjur sidang media Calvary pada 2 Februari itu berkata, kelompok berkenaan sangat terdedah kepada jangkitan virus berkenaan kerana tiada kemudahan rawatan perubatan di kem-kem berkenaan.

“Sekiranya virus berkenaan tersebar dan memasuki kem-kem tersebut, mereka akan dijangkiti koronavirus dan akan mati,” kata Dr. Fozia Alvi, presiden kesatuan kemanusiaan Humanity Auxilium.

Republik Rakyat China menggelar menggelar kem-kem berkenaan sebagai pusat latihan vokasional dan pendidikan.

Namun daripada dokumen-dokumen yang bocor dan didedahkan oleh pelbagai media melapor pusat-pusat berkenaan merupakan kem tahanan bagi kelompok etnik Uyghur yang didakwa atas pelbagai dakwaan meragukan untuk “dipulihkan” dan “diberi pendidikan”.

“Tiadak ada seorang pun daripada kami dapat tidur lena di malam hari memikirkan apakah yang berlaku kepada keluarga kami,” kata Babur IIchi, jurucakap komuniti Uyhgur Alberta.

Apa yang diluahkannya mendapat perhatian beberapa kerajaan antarabangsa.

Manakala, Mehliya Cetinkaya, 14 tahun, yang mempunyai ramai ahli keluarga yang ditahan di kem-kem berkenaan menyeru campur tangan lebih banyak daripada kerajaan antarabangsa dan juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Pengguna tak puas hati KPDNHEP cuba nafi harga minyak masak naik

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production