Malaysia Dateline

Ummah akan desak kerajaan dalam isu cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan mendesak pihak kerajaan supaya akur dengan kehendak rakyat berkaitan isu pemansuhan hukuman mati mandatori.

Setiausaha Agung Ummah, Mansor Ibrahim berkata, sejak dahulu lagi pihaknya memang tidak bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori tersebut.

“Pemansuhan hukuman mati mandatori hanya akan membawa kepada lebih banyak jenayah berat dalam negara kita.

“Justeru, kami akan bertindak dengan cara kami supaya kerajaan prihatin terhadap perkara ini (cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori),” katanya secara eksklusif kepada Malaysia Dateline ketika ditemui di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

Mansor Ibrahim turut memperjuangkan  kanak-kanak dan turut membabitkan kematian anggota bomba Allahyarham Mohd Adib Kassim yang masih tidak dapat pembelaaan di mahkamah.

Terdahulu, Ummah bersama beberapa lagi keluarga mangsa pembunuhan datang ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bagi menghadiri mesyuarat tertutup bersama Jawatankusa Pilihan Khas berkaitan Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum

Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori diwujudkan pada Ogos tahun lepas bertujuan untuk mengkaji mengkaji secara keseluruhan dasar penghukuman bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah

Menurut Mansor Ibrahim, mesyuarat dengan Jawatankuasa Pilihan Khas itu bertujuan untuk mendengar isi hati keluarga mangsa sekiranya hukuman mati mandatori dibatalkan.

Susulan mesyuarat itu, beliau berpandangan, jawatankuasa pilihan khas tersebut seolah-olah mahu menghapuskan hukuman mati mandatori.

“Pastinya keluarga mangsa-mangsa ini dan kami semua tidak bersetuju jika hukuman mati mandatori itu dimansuhkan.

“Jadi, kami akan mendesak pihak kerajaan supaya akur kepada kemahuan rakyat,” katanya.

Dalam perjumpaan itu, Ummah mewakili bekas anggota Bomba, Allahyarham Mohamad Adib Kassim dan kematian dua beradik iaitu Nurul Hanim Idris, 5, dan adiknya, Muhammad Hafiz Idris, 1 akibat dikelar di leher di Yan, Kedah.

Baca: Saya akan tenang jika pembunuh jalani hukuman mati

Tan Siew Lin

Tan Siew Ling mewakili mendiang anaknya, Annie Kok Yin Cheng yang dibunuh dan dirogol oleh Rabidin [email protected] Bentong pada 7 Mac 2009 ketika berumur 17 tahun.

Manakala, Wong Hie Huong mewakili mendiang Stephen Wong Jing Kui, Pengurus Cawangan sebuah bank asing di Sibu Sarawak yang dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya, sekitar Jun 2012.

Seorang lagi NGO dari Social Care iaitu Alan Ong Yeow Fooi mewakili bekas jutawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya dan mendiang Datuk Kevin Morais.

Alan Ong Yeow Fooi Allan menunjukkan kes pembunuhan kejam membabitkan peguam Kevin Morias dan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya.