Ummi Hafilda seorang ‘attention seeker’, tiada kredibiliti, kata Khairuddin

Ummi Hafilda  seorang ‘attention seeker’, tiada kredibiliti, kata Khairuddin
Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan menempelak Ummi Hafilda Ali yang disifatkan sebagai seorang ‘attention seeker’ tiada kredibiliti susulan krisis bersama abang kandungnya (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali).
Disebabkan permusuhan adik-beradik yang berlarutan puluhan tahun itu, Khairuddin berkata sekiranya Ummi sendiri tidak boleh taat kepada ajaran agama yang melarang pergaduhan sesama darah daging, seeloknya dia duduk diam sahaja.
“Dia (Ummi) harus cerminkan mukanya terlebih dahulu! Gunalah cermin yang sebesar mungkin bagi melihat sendiri wajahnya itu! Apakah dia terlalu sempurna?
“Dia ni ingat dia terlalu suci, bersih dan warak sangat? Permusuhan dengan abang kandung pun sudah melambangkan dia sendiri tak ikut ajaran agama secara tulen berteraskan al-Quran dan As-Sunnah!
“Kita tak perlu risau dan gusar kerana semua orang tahu keperibadian Ummi yang sentiasa mahu mencari publisiti murahan saja!
Khairuddin menegaskan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, itu seorang yang sentiasa bersedia menghulurkan tangannya kepada sesiapa yang memohon maaf kepada beliau.
“21 tahun lepas, saya pernah bermusuh dengan Azmin Ali, tetapi sebagai seorang mukmin, akhirnya kita kena insaf dan berbalik kepada ajaran Islam. Kita kena berpegang erat pada ajaran agama yang melarang permusuhan secara berpanjangan.
“Kami bermaaf-maafan secara bersama di atas segala kelemahan masa lampau dan terus buang yang keruh, ambil yang jernih.
“Saya tak faham manusia jenis apa dia (Ummi) itu yang tekad bermusuh berpanjangan dengan abang sendiri!
“Saya hormati saudara Azwan Ali yang sekurang-kurangnya sedar dan insaf memohon maaf dengan darah daging sendiri.
“Tiada alasan langsung untuk dia (Ummi) bermusuh secara berpanjangan mahupun berlarutan dengan abangnya sendiri!,” tempelaknya lagi.