Umno banyak ‘dosa’, mustahil akar umbi PAS maafkan, kata Iskandar

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Umno akan sentiasa mencari PAS apabila tertekan, tetapi terlalu banyak “dosa” Umno terhadap PAS dan mustahil bagi akar umbi PAS untuk memaafkan Umno, kata Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Iskandar A. Samad.

Beliau berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk  Seri Najib Tun Abdul Razak bahawa PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno adalah satu mimpi di siang hari.

Beberapa perkembangan yang disebut beliau bukan satu petunjuk kepada sikap PAS yang sebenar, katanya.

“Seluruh dunia telah mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, malam tadi. Ternyata Umno berhadapan dengan satu krisis dalaman yang serius seperti tahun 1998 dan tahun 1988.

“Umno telah melakukan terlalu banyak ‘dosa’ terhadap PAS terutamanya kepada akar umbi PAS. Ahli-ahli PAS atau keluarga mereka dinafikan pelbagai peruntukan atau bantuan yang sepatutnya diterima sebagai warganegara yang sah di negara ini,” ujar Naib Presiden PAS ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penjawat-penjawat awam yang condong kepada PAS diberi amaran, diugut atau dipindahkan. Gerai peniaga-peniaga yang menyokong PAS dirobohkan. Aktivis-aktivis PAS ditahan malah ada yang meninggal dunia akibat tahanan tersebut.

“Kelantan dianaktiri sejak penubuhan kerajaan PAS yang pertama dalam tahun 1959.Kerajaan PAS Terengganu telah dinafikan hak kepada royalti petroleum,” katanya.

TAGS