Umno beri laluan kerusi Dun Seri Setia kepada calon Pas

Umno beri laluan kerusi Dun Seri Setia kepada calon Pas

Tidak sampai 24 jam  kematian  Allahyarham  Dr Shaharuddin Badaruddin   lewat petang semalam, Umno hari ini mengumumkan parti itu akan memberi laluan kepada Pas untuk meletakkan calonnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.

Perkara itu dinyatakan oleh  Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan  mewakili Presiden parti  di Pejabat Umno Kota Raja di Dun Sungai Kandis hari ini.

Pada PRK Sungai Kandis  yang akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru esok (4 Ogos), Pas memberi laluan kepada Umno dan dengan pengumuman itu ia sudah pasti dilihat banyak pihak, sebagai timbal balas kesepakatan antara Umno-Pas dalam memberikan laluan kepada calon masing-masing susulan kekosongan kerusi Dun Seri Setia.

Dun Seri Setia yang dimenangi wakil rakyat dari PKR Allahyarham Datuk Shaharuddin Badaruddin yang menghempuskan nafasnya semalam kerana menghidap barah kolon setelah menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu, Shaharuddin memenangi kerusi Seri Setia dengan majoriti 29,250 undi.

Beliau menewaskan calon BN yang memperoleh 9,878 undi, calon Pas yang memperoleh 4,563 undi, dan calon bebas, S Vigneswaran, 217 undi.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote