Umno beri sokongan tidak berbelah bagi kepada calon Pas di Seri Setia

Umno beri sokongan tidak berbelah bagi kepada calon Pas di Seri Setia

Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri setia akan menjadi titik permulaan kerjasama erat antara Pas dan Umno yang mewakili golongan Melayu dan Islam terbesar di Malaysia, demikian tegas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, Umno akan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada calon PAS demi memastikan kemenangan mereka di kawasan itu.

“Kita mulakan dengan pilihan raya kecil di Seri Setia ini dengan memberi sokongan tidak terbelah bagi kepada calon Pas demi memastikan kemenangan kita di kawasan ini,” katanya semasa ceramah umum di Seri Setia, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan calon Pas Dr Halimah Ali.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan turut menyeru pengundi di kawasan Dun Seri Setia supaya mengundi calon Pas pada 8 September ini

Halimah yang juga bekas Adun Selat Klang bakal berdepan pertandingan satu lawan satu menentang Halimey dalam PRK yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus, 2 Ogos lepas.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote