Umno-BN digesa telus urus dana awam, kata Adun PKR

Umno-BN digesa telus urus dana awam, kata Adun PKR

Kerajaan Umno BN diminta untuk telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat daripada berterusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.

Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata,sewajarnya duit rakyat dijaga di atas kewangan negara yang kian merundum ketika ini.

“Apakah sebarang kewajaran untuk kerajaan membantu ekonomi negara AS ketika rakyat sendiri mengharapkan ekonomi rakyat dipulihkan memandangkan semakin hari semakin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

“Adakah negara sedang mengambil risiko besar menerusi penggunaan dana KWSP? Adakah kita begitu yakin dengan pelaburan oleh KWSP di luar negara akan berjaya?

“Adakah begitu perlu untuk melabur sehingga berbilion ringgit, di mana di dalam negara sendiri sangat memerlukannya sebagai keperluan penting yang sama,” soalnya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bandar mengulas mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ke Amerika Syarikat baru-baru ini yang telah mengumumkan untuk menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu pembangunan infrastruktur AS yang dilihat bertentangan dengan perbincangan bersama dengan dana pencen itu sebelum ini.

“Suasana pertumbuhan global yang tidak memberansangkan, perubahan polisi kewangan ekonomi utama dunia, kejatuhan harga minyak dan nilai ringgit yang lemah sudah semestinya akan menjejaskan pendapatan KWSP.

“Hal ini boleh dilihat apabila KWSP telah mengisytiharkan pembayaran dividen bagi tahun 2016 yang terendah sejak 2010 iaitu 5.70 peratus berbanding 6.40 peratus pada 2015 dan 6.75 peratus 2014,” jelasnya.

4.0
OVERALL SCORE
: 4.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS