Umno-BN jual surat khabar buruk, berita palsu untuk rakyat P.Pinang, kata Guan Eng

Umno-BN jual surat khabar buruk, berita palsu untuk rakyat P.Pinang, kata Guan Eng

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa kerajaan Umno-BN yang berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, dengan pembinaan sistem transit aliran ringan (LRT) dan pembinaan stadium hoki di negeri itu hanya tinggal janji kosong kepada rakyat negeri.

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata, jika Umno-BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, ingin membuat janji baharu semata-mata kerana Pilihan Raya Umum semakin dekat, rakyat tidak harus ditipu sekali lagi.

“Kita kena ingat perdana menteri dah berjanji tiga kali.Jika BN kata ada program nak elakkan kesesakan jalan raya, nak bina LRT tetapi di kawasan pulau saja bukan di seberang. Janji tidak ditepati seperti stadium hoki di Jalan Betek kata nak baiki tapi tak buat.

“Ini macam jual surat khabar lama, kalau jual surat khabar lama tak apa…tapi ini berita palsu,” ujarnya kepada media di Padang Lalang hari ini.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu lagi perancangan kerajaan DAP di Pulau Pinang untuk meneruskan projek perhubungan jalan raya antara pulau dan tanah besar di Seberang Perai akan diteruskan tanpa bantuan kerajaan pusat.

“Kita nak buat lrt dari pulau akan ke seberang masuk ke Seberang Jaya, Bagan, Bukit Mertajam. Inilah usaha kita nak rapatkan di antara pulau dan kawasan seberang dengan wang kerajaan negeri.

“Bukan wang kerajaan pusat kerana mereka tidak mahu keluarkan wang.

“Kita nak tanya apakah BN sekali lagi akan tipu rakyat Jika mereka betul nak buat laksanakan jangan buat janji kosong.

“Stadium hoki di kepala batas sudah lapan tahun tidak ditunaikan .Jika nak buat janji baru tak payahlah,” ujarnya.

tawaran kerajaan Umno-BN itu kepada Pulau Pinang sudah berlanjutan sejak 10 tahun lalu, untuk membina dan membiayai sistem perkhidmatan LRT atau MRT dalam usaha mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri Pulau Mutiara itu.

 

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote