Malaysia Dateline

Umno, BN, MN bakal mesyuarat tiga malam berturut-turut

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bakal mengadakan mesyuarat malam ini susulan situasi politik di Perak.

Esoknya pula diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), kata Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa.

“Malam lusa (Rabu) Jawatankuasa Perundingan MN (bermesyuarat),” katanya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berpendapat rundingan sebagai pendekatan yang lebih baik.

Sehubungan itu, beliau menyarankan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) juga berbuat demikian.

“Selesaikanlah dengan cara baik sebagai rakan seperjuangan. Teguh kita, menang bersama‚Ķ InsyaAllah,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan kehadirannya ke mesyuarat MKT Umno malam ini.

Dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mesyuarat malam ini difahamkan akan memberi tumpuan kepada pembentukan kerajaan baharu di Perak.