Umno-BN tidak kuat, peluang PH ubah kerajaan, kata Kadir Jasin

Umno-BN tidak kuat, peluang PH ubah kerajaan,  kata Kadir Jasin

Pemimpin dan ahli diseru untuk bersatu padu dan bertolak ansur bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) mampu menewaskan Barisan Nasional (BN) yang kini dilihat semakin lemah pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin berkata, pada PRU14 sahaja peluang untuk rakyat menumbangkang Umno-BN.

“Sebenarnya Umno-BN tidak kuat.Tetapi pada PRU13 waktu itu pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang lemah.

“Tapi kali ini (PRU14) kita akan berdepan sekali lagi dengan Umno-BN yang kini lemah.  Kita mempunyai kekuatan sendiri untuk menumbangkan mereka,” ujarnya ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang malam tadi.

Bekas ahli Umno lebih 30 tahun ini berkata, PH wajib untuk menang kali ini jika PH tidak menang ujarnya, keadaan negara akan menjadi lebih buruk di bawah pemerintahan Umno-BN.

” Pakatan Harapan wajib menang dalam pilihan raya akan datang.Jika tidak menang saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku dalam negara.

“Bahaya yang akan kita hadapi tidak dapat dibayangkan.
Jika kita anggap GST dan kesan ekonomi itu satu beban tetapi apa yang akan datang jika BN terus berkuasa lebih teruk daripada itu.

“Natijahnya yang haram akan jadi halal jenayah akan jadi bukan jenayah dan rakyat akan terus dibohongi oleh Umno-BN,” ujar bekas wartawan dan penulis politik prolifik ini.

A Kadir berkata, untuk menang semua pimpinan dan ahli parti haruslah berubah untuk membentuk kejituan perpaduan antara mereka.

“Bukan mudah utuk kita bertolak ansur dan bersatu padu. Kita terpaksa melakukannya kerana kita tiada pilihan melainkan kita berubah.

“Untuk berubah kita perlukan perpaduan semua empat parti untuk bekerjasama dalam semua perkara dan bersatu padu.

“Umno yang dipimpin Najib bukan lagi Umno yang saya anggtai 30 tahun lalu. Bukan mudah bagi kami untuk meninggalkan sebuah parti yang lama diperjuangkan begitu juga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika Tun Mahathir boleh berdamai dan kembali berpakat dengan Anwar siapalah kita untuk katakan kita tidak boleh berdamai?” soalnya dihadapan 300 hadirin daripada empat parti yang memenuhi dewan.

Justeru sebagai pemimpin A. Kadir berkata, semua pimpinan parti tidak mempunyai pilihan untuk bersendirian melainkan bersatu untuk bersama menubuhkan sebuah kerajaan baharu PH kelak.

8.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 10.0