Malaysia Dateline

Hanipa Maidin

Umno dukacita?

It is fair and normal untuk rasa dukacita, sebab keputusan SEBULAT SUARA TIGA ORANG HAKIM yang KEKALKAN keputusan SEORANG HAKIM yang mensabitkan pemimpin parti YB itu BERSALAH atas 7 PERTUDUHAN melibatkan :

– SATU pertuduhan rasuah di bawah Akta SPRM

– TIGA pertuduhan salah guna kuasa ( CBT ) di bawah Kanun Keseksaan, dan

– TIGA pertuduhan penggubahan wang haram di bawah AMLA

Memang PAHIT sepahit penderitaan RAKYAT ( dan “bakal” rakyat yang belum lahir lagi sebab kes 1MDB ) hutang 1MDB RM39 bilion tu YB, itu siapa mahu bayaq? YB, YB Pekan or Umno?

Sudah tentu YB dan parti YB lagi rasa dukacita sebab Hakim TIGA ORANG itu juga SEBULAT SUARA KEKALKAN HUKUMAN 12 TAHUN PENJARA dan DENDA RM210 JUTA yang mana jika dia tidak bayar TAMBAH LAGI 5 TAHUN PENJARA.

Sebenarnya, seperti mana YB mungkin sedar, asalnya HAKIM Mahkamah Tinggi putuskan YB Pekan kena hukum

– 12 TAHUN penjara bagi kesalahan di bawah Akta SPRM,

– 10 TAHUN penjara bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan ( Penal Code ), dan

– 10 TAHUN penjara bagi kesalahan di bawah AMLA.

Sama dengan 32 TAHUN PENJARA sepatutnya.

Tapi hakim juga putuskan semua hukuman penjara itu hendaklah dilaksanakan secara serentak atau tok loya habaq ” to run concurrently” dari tarikh hukuman maka kena 12 TAHUN je YB, yang ni Umno kecewa juga ke YB?

Maaf YB, sikit komen ya bila YB pi habaq “ramai anggap kes itu dan mungkin juga kes-kes lain termasuk kes YB yang berlaku selepas PRU-14 tu bermotifkan politik.

Ehem..nak tanya sikit boleh?

a- Yang YB habaq ramai tu “siapa ya depa tu?”

b- Yang YB habaq “ramai anggap ia bermotifkan politik” tu, macam mana pula ye kes-kes yang DOJ pi siasat dan failkan di mahkamah dan namakan pula MO-1 dalam saman depa dan beberapa kes yang seperti Singapura dan Switzerland pi dakwa kes-kes yang ada “bau” 1MDB, itu pun bermotifkan politik juga ke?

c- Macam kes YB sendiri, jika bermotif politik, awat YB tak bagi lawan habis-habis sampai “titisan darah terakhir!?

Awat YB pi kalut bayar dan minta tarik balik kedua-dua pertuduhan tu?”

d- Jika pertuduhan ke atas YB Pekan dan lain-lain tu -pasca PRU-14- tu dianggap bermotif politik, nak tanya “adakah bila depa semua tak didakwa masa zaman YB Pekan dan BN perintah, itu barulah yang benar-benar tidak bermotif politik?”

Habis tu awat rakyat pi tolak habis BN/Umno pada 9/5/2018 jika kes YB Pekan vis a vis 1MDB tu bermotif politik? Adakah YB nak beritahu rakyat yang pi tolak BN tu bodoh?

e-YB tak rasa ke masa mantan PEGUAM NEGARA – TS GANI PATAIL- diarah letak jawatan dulu-dulu tu tidak ada sekecil zarah pun bermotif politik?

YB tak rasa ke yang mantan Peguam Negara itu diminta letak jawatan sebab ada kaitan dengan isu dia dikatakan nak dakwa YB Pekan ?

Opps lupa dia dikatakan tidak sihat tapi la ni dia masih jadi peguam kan? Dan dia ada legal firm di KL kan?

Kesimpulannya YB..mu ckp menda ni?