Umno gantung jawatan Muhyiddin, Ahmad Zahid jalan tugas Timbalan Presiden

Umno gantung jawatan Muhyiddin, Ahmad Zahid jalan tugas Timbalan Presiden

 

 

 

 

 

 

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

 

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

“Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

“Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini.

Tengku Adnan berkata, keputusan sebulat suara itu ahli-ahli MT itu dibuat dalam mesyuarat khas mengenai perkara itu yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga salah seorang Naib Presiden Umno keluar daripada bilik semasa mesyuarat itu diadakan

Katanya Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan sepanjang tempoh penggantungan itu kerana jawatan nombor dua parti itu tidak dibenarkan ada pemangku dalam perlembagaan parti.

“Selepas bermesyuarat lebih dua jam dan semua ahli-ahli MT diberi peluang dan ruang menyatakan pandangan, MT memutuskan untuk menggantung tugas Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno serta merta manakala jawatan beliau yang lain kekal (ketua bahagian parti),” ujarnya

Tengku Adnan memberitahu, Muhyiddin sudah tahu mengenai perkara yang mahu dibincangkan dan beliau memaklumkan tidak hadir mesyuarat MT menerusi faksimili kepada pejabat parti. Begitu juga Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Naib Presiden Umno) juga memaklumkan ketidakhadirannya.

“Jadi tidak timbul soal beliau (Muhyiddin) tidak diberi hak membela diri,” katanya sambil menambah asas tindakan itu dibuat kerana sebagai timbalan, Muhyiddin sepatutnya membantu tugas-tugas presiden dan bukan disebaliknya.

“Dalam kes Muhyiddin, beliau tidak menjalankan kewajipannya dan MT memandang serius dan itu dasar keputusan diambil sebagai satu langkah bagi kesempurnaan parti, Beliau (Muhyiddin) tidak bantu Umno memperkukuhkan parti” ujarnya.

Menurutnya, Umno tidak pernah menghalang seseorang ahli daripada menyatakan pendapat dan perbezaan pandangan namun ia perlu dilakukan melalui saluran yang betul bukan secara terbuka.

 

TAGS