Umno guna banyak wang bantu Pas, tak percaya tunggu perbicaraan di London

Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan beliau pada majlis sambutan Jelajah PH 100 hari di Alor Setar semalam.

Selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 baru-baru ini AMANAH telah menerima sokongan yang begitu memberangsangkan apabila begitu banyak penambahan ahli secara mendadak.

Malah ramai yang menyertai AMANAH adalah orang lama dalam Pas kerana mereka sudah tidak yakin setelah parti tersebut mengadakan hubungan intim dengan Umno.

Demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu semasa berucap pada majlis Jelajah Malaysia Baru yang diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.

Beliau juga berkata, terdapat bukti yang menunjukkan Umno telah menggunakan wang yang banyak bagi membantu Pas.

“Jika tidak percaya tunggu sahaja perbicaraan di London pada bulan empat akan datang.

“Pilihan raya kecil (PRK) Dun Seti Setia pun Umno kata kena sokong Pas.

Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir semalam di Alor Setar.

“PRK Dun Balakong MCA yang tanding, tapi Pas minta sokong MCA pula sedangkan parti tersebut adalah BN,” jelasnya lagi.

Tegas Mohamad lagi, Pakatan Harapan (PH) amat optimis tohmahan yang mendakwa kerajaaan PH tidak mempedulikan orang Melayu sudah mulai terhakis.

“Kerajaan PH akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji 100 hari sepertimana yang dijanjikan.

“Hapus GST sudah pun tercapai dan menjadi realiti setelah ia dihapuskan.

“Bagi menunaikan janji tersebut kita melantik BN yang juga pembangkang sebagai Pengerusi PAC untuk menegur kerajaan sedia ada sekiranya wujud keraguan dalam tadbir urus wang negara,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, sebagai kerajaan baru, mempertahankan kedaulatan negara dan membela nasib semua rakyat termasuk menjaga kerajaan dan juga menjaga pembangkang adalah kewajipan utama.

“Dalam kerajaan PH kita juga mengisytiharkan harta pada SPRM dan bukannya kepada Perdana Menteri sepertimana yang diamalkan oleh BN dahulu.

Orang ramai yang hadir dalam program di Dataran Seagate, Alor Setar, semalam.

“PM dan TPM pun kena isytihar harta mereka pada SPRM di bawah pentadbiran kerajaan baru PH.

“Lebih serius lagi, apabila Perdana Menteri menyatakan untuk membetulkan keadaan, siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah akan dipecat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin.

Hadir sama dalam program jelajah tersebut ialah Tun Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan PH negeri Kedah.

8.4
OVERALL SCORE
: 10.0
7 user votes x 8.1