Umno Johor bimbang dengan kempen ‘Selamatkan Malaysia’

Umno Johor bimbang dengan kempen ‘Selamatkan Malaysia’

Walaupun menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno Johor melahirkan kebimbangan dengan kempen "Selamatkan Malaysia" yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan sebahagian pimpinan Umno dan pembangkang semalam.

 

Walaupun menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno Johor melahirkan kebimbangan dengan kempen “Selamatkan Malaysia” yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan sebahagian pimpinan Umno dan pembangkang semalam.

“Kita jangan nafikan tindakan Dr Mahathir tidak berbahaya kerana atas nama ‘deklarasi rakyat’ juga, dia (Tun Dr Mahathir) akan mendapat sokongan daripada ‘prominent Malays’ yang akan mempengaruhi masyarakat,” katanya.

Menurutnya, BN dan Umno perlu memberikan perhatian serius terhadap tindakan Dr Mahathir memandangkan beliau percaya tindakan Tun Dr Mahathir tidak akan berhenti setakat memeterai deklarasi tersebut.

Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dilancarkan Mahathir semalam adalah yang kedua selepas kempen Selamatkan Malaysia dilancarkan oleh Datuk Husam Musa, bekas naib presiden PAS di Kulai Johor sebelum ini.

Selepas ini, Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia pula akan diadakan di mana-mana 16 tokoh besar negara akan memberikan ucapan di majlis itu.

Ia dijangka akan diadakan di Shah Alam mulai jam 2 hingga 7 petang.

TAGS