Umno Kelantan pertahan parti dan presiden

Umno Kelantan pertahan parti dan presiden

Umno Kelantan menyatakan pendirian mempertahankan parti itu dan Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas 45 pertuduhan terbabit dalam rasuah dan salah gunakuasa.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Nor Jazlan Yaakub berkata, desakan dibuat ke atas Ahmad Zahid agar berundur atau bercuti tidak perlu dipenuhi.

“Kita sesekali tak akan khianati sebuah parti yang jelas menjadi payung kpd org melayu serta mempertahankan kesucian dan ketinggian agama islam mengikut fahaman sunnah waljamaah di negara ini.

“Presiden tak perlu utk berundur atau bercuti kerana kita mesti melihat pendakwaan terhadap beliau ada lah bermotif kan politik.

“Ahli-ahli Umno di akar umbi masih bersetia bersama parti dan tidak berganjak,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Nor Jazlan berkata, di Kelantan kebanyakan ahli Umno ujarnya, berada dalam keadaan bersemangat tinggi bila mereka melihat kedudukan melayu semakin terpinggir dan agama islam semakin terancam sejak umno kehilangan kuasa.

“Saya mempunyai keyakinan yang amat tinggi bahawa Umno akan bangkit dengan disuburkan perjuangannya oleh anak-anak muda yg sudah mula menunjukkan minat yang amat positif untuk turut serta berjuang bersama sama Umno setelah mereka merasakan diri mereka tertipu serta hilang keyakinan pada kerajaan sekarang di dalam membela nasib anak-anak muda Melayu.

“Umno Kelantan dengan jelas terus teguh bersama sama Presiden dalam menongkah arus perjuangan yang sudah pasti terlalu mencabar ini,” ujarnya.

COMMENTS

Wordpress (0)