Umno meroyan dengan parti baru, dakwa MP Pas

Umno meroyan dengan parti baru, dakwa MP Pas

Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan reaksi Umno terhadap cadangan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) amat luar biasa.

Ahli Parlimen Pas Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan reaksi Umno terhadap cadangan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) amat luar biasa.

“Walaupun baru mengemukakan permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Umno kini sudah menunjuk reaksi seperti diserang penyakit yang berkaitan mental.

“Wanita dan Puteri Umno reaksi seperti orang meroyan.

“Pemuda Umno reaksi seperti orang kena serang penyakit sawan,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

Beliau memuji kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar yang juga ahli MT Umno yang mengingatkan pimpinan dan ahli Umno tentang kemunculan BERSATU.

“Bung rasioal bila berkata parti Bersatu yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin boleh mencelakakan Umno,” katanya.

Mahfuz mengucapkan tahniah pada Tun Mahathir dan Tan Seri Muhyiddin Yassin yang menggagaskan penubuhan parti politik baru untk Malaysia.

“Atas prinsip demokrasi sudah tentu menjadi hak rakyat untuk menubuhkan parti politik baru selepas melihat parti politik yang lama sudah mabuk kuasa dan hilang arah untuk masa depan Malaysia,” katanya.

Beliau yakin Bersatu akan mendapat sokongan majoriti ahli Umno yang akan meninggalkan parti Umno yang sudah tidak relevan lagi serta anak muda yang di tanam dalam pemikiran mereka selama ini bahawa Tun Mahathir adalah seorang negarawan hebat.

“Tetapi hari ini Tun dicaci maki hanya kerana mahu menyelamatkan Malaysia dari pengkhianat negara,” katanya.

Rakyat katanya ingin melihat Bersatu akan bersama pakatan pembangkang iaitu Pakatan Harapan untuk menterjemahkan maksud kalimah Bersatu bagi memenuhi harapan dan impian rakyat.

“Sudah sekian lama rakyat ingin melihat lanskap baru politik *Malaysia tanpa kuasa Umno-BN,” katanya.

TAGS