Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018

Umno parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018

Saya ingin mengulas sedikit tentang perkara ini kerana ianya ialah satu isu awam yang amat penting.

Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:

i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.

ii) Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Societies – RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP – di dalam kes DAP RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan keterlitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.

Isu Umno ialah : bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan Presiden, Naib Presiden, Timbalan-timbalan Presiden dan sebagainya.

Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Presiden akan menjadi Timbalan PM dan sebagainya.

Mengikut peruntukan perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih 3 tahun sekali.

Kali terakhir Majlis Tertinggi dipilih ialah pada 19.10.2013. Jadi pemilihan ahli MT Umno sepatutnya diadakan pada 19.10.2016.

Klausa 10.16 pula memberikan kuasa kepada MT Umno untuk menagguhkan pemilihan ahli-ahli MT selama 18 bulan.

Jadi, jika kuasa dibawah klausa 10.16 digunakan untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli MT UMNO, maka pemilihan ahli-ahli MT Umno mesti dibuat SELEWAT-LEWATNYA pada 19.4.2018, iaitu 18 bulan dari 19.10.2016.

Namun, Umno telah menangguhkan pemilihan ini sehingga 19.4.2019!

Itu bermakna bahawa Umno menangguhkan pemilihan ahli-ahli MTnya bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan. Walhal perlembagaan UMNO hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.

Di dalam menjawab isu ini, Setiausaha Agung Umno, YB Tengku Adnan menyatakan bahawa ROS telah membenarkan permohonan UMNO untuk melanjutkan tarikh pemilihan ahli-ahli MTnya di bawah seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan.

Persoalannya sekarang: apakah RoS mempunyai kuasa di bawah seksyen 13A (4) untuk melanjutkan tempoh jangkamasa untuk Umno membuat pemilihan parti?

Pada pendapat saya seksyen 13A (4) langsung tidak terpakai kepada kes ini. RoS dengan itu tidak ada kuasa di bawah seksyen itu untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti.

Seksyen 13A (4) ialah seperti berikut:

(4) The Registrar may, on application in writing made to him by a registered society, extend the time provided by him to the
society in any order made under subsection (1) or (2) if he is satisfied that the society has given good grounds in its application and it would be just and proper to grant such extension.

Jelas dari peruntukan seksyen 13A (4) bahawa RoS hanya mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa YANG DIPERUNTUKKAN OLEH RoS SENDIRI melalui apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS di bawah seksyen kecil (1) atau (2).

Ini jelas dari frasa: “extend the time PROVIDED BY HIM” di dalam seksyen tersebut.

Masa untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno bukan diberikan oleh RoS (not provided by him). Masa itu diperuntukkan di dalam perlembagaan Umno sendiri.

Oleh itu RoS tidak mempunyai kuasa langsung untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa di bawah seksyen 13A (4) walaupun permohonan bertulis dibuat kepada RoS.

Seksyen 13A (4) sebenarnya hanya terpakai kepada keadaan di mana RoS telah memberikan atau membuat apa-apa perintah atau direktif kepada mana-mana pertubuhan untuk berbuat sesuatu di dalam jangkamasa tertentu mengikut kuasanya di bawah 13A (1) atau (2).

Di dalam keadaan itu, sekiranya pertubuhan itu membuat permohonan bertulis untuk melanjutkan jangkamasa YANG DIBERIKAN OLEH RoS, maka RoS boleh melanjutkan jangkamasa itu.

Di dalam kes Umno, jangkamasa pemilihan diperuntukkan di dalam perlembagaan Umno sendiri. Jangkamasa itu bukan dari apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS melalui seksyen 13A (1) atau (2). Jadi seksyen 13A (4) tidak ada kena mengena dengan kes Umno dan tidak terpakai langsung.

Dengan itu, ternyata bahawa YB Tengku Adnan telah bergantung kepada peruntukkan undang-undang yang salah dan tidak relevan.

RoS sebenarnya tidak mempunyai kuasa di bawah seksyen tersebut untuk memberi perlanjutan masa.

Umno sepatutnya perlu membuat pemilihan ahli-ahli MTnya pada atau sebelum 19.4.2018.

Kegagalan Umno berbuat demikian akan menyebabkan Umno menjadi sebuah pertubuhan yang tiada ahli dan kuasa eksekutif. Ia seperti seekor ayam yang tidak berkepala.

Pihak RoS perlu adil dalam menjalankan siasatan keatas Umno berkaitan krisis keperlembagaan pertubuhan itu tanpa bersifat berat sebelah.

Menurut kronologi rentetan peristiwa yang telah dilaporkan di dalam media massa setakat ini, dan tidak pernah dinafikan oleh Umno adalah seperti berikut :

(a) Menurut Umno Online31.05.2013 bertajuk Pemilihan Umno Tahun 2013 perlu diadakan antara 15 Julai – 31 Ogos 2013

(b) Hatta, TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN Umno, adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2013 !!

(c) Justeru, menurut Fasal 18.2 PERLEMBAGAAN Umno ,”tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan” seterusnya adalah selewat-lewatnya pada 31.08.2016 !!

(d) Namun, menurut Astro Awani 26.06.2015 Presiden Umno telah memberitahu bahawa pemilihan Umno 2016 akan ditangguh selama 18 bulan setelah dibincangkan diperingkat Majlis Tertinggi dan mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada Majlis tertinggi.

(e) Berlanjutan dari penangguhan pemilihan selama tempoh maksima lapan belas (18) bulan yang dipetik di atas, maka TARIKH AKHIR pemilihan di peringkat CAWANGAN Umno wajib dilakukan pada 28.02.2018.

(f) Namun begitu, Setiausaha Agung Umno, telah mengeluarkan satu KENYATAAN MEDIA pada 27.02.2018 yang kononnya mengatakan Penangguhan Pemilihan Umno yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno sebelum ini, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 19.04.2019 selaras dengan kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

(g) Hakikatnya dari segi undang-undang adalah, MAJLIS TERTINGGI Umno mahupun PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA (RoS) tidak boleh membuat apa-apa lanjutan penangguhan, selepas tarikh akhir pengadaan pemilihan kerana ianya bertentangan dengan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN Umno sendiri.

(h) Hatta, menurut peruntukan Fasal 10.16 PERLEMBAGAAN Umno, tarikh pemilihan (CAWANGAN, BAHAGIAN DAN MAJLIS TERTINGGI Umno) yang sepatutnya diadakan pada 31.08.2016 dan 19.10.2016 SUDAH PUN dilanjutkan secara maksima lapan belas (18) bulan iaitu ke tarikh 28.02.2018 dan 19.04.2018 , maka MUSTAHIL serta TIDAK SAH untuk dilanjutkan lagi di sisi PERLEMBAGAAN Umno sekali pun, oleh MAJLIS TERTINGGI Umno, mahupun diluluskan oleh pihak PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.

Ini bermakna,

(a) Kesemua CAWANGAN Umno di seluruh Malaysia menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 01.03.2018 !!!

(b)Oleh kerana CAWANGAN Umno tidak sah maka, Kesemua BAHAGIAN Umno di seluruh Malaysia dan MAJLIS TERTINGGI Umno akan menjadi TIDAK SAH di sisi undang-undang pada 19.04.2018.

(c) Maka, NAJIB RAZAK secara automatik TIDAK SAH sebagai Presiden Umno, selepas 19.04.2018 !!!

(d) Hatta, Umno sebagai parti politik yang TIDAK SAH selepas 19.04.2018, TIDAK BOLEH bertanding dalam PRU-14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!,

(e) NAJIB RAZAK juga tidak boleh ANGKAT SUMPAH JAWATAN sebagai Perdana Menteri di hadapan Ke-Bawah Duli Yang Di-pertuan Agong kerana penjawatan Presiden Umno TIDAK SAH selepas 19.04.2018. Maka, hanya presiden parti komponen Barisan Nasional yang lain, layak menjadi Perdana Menteri andai kata Barisan Nasional mentadbir negara!!

CATEGORIES