Umno-Pas hanya kerjasama bukan bergabung, kata Mohd Hassan

Umno-Pas hanya kerjasama bukan bergabung, kata Mohd Hassan

Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan bahawa kerjasama Umnodan Pas hanya melibatkan perkara-perkara yang dipersetujui bersama seperti dalam pilihan raya kecil dan memperjuangkan masalah rakyat.

“Tetapi kita (Umno dan Pas) tidak akan bekerjasama atas perkara-perkara yang kita saling tidak bersetuju. Perlu ingat, kita hanya akan bekerjasama dan bukan bergabung,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2018, semalam, lapor Bernama.

Mohamad berkata kerjasama di antara kedua-dua parti itu akan menjadikan negara mempunyai sebuah blok pembangkang yang berwibawa dan dapat memantau prestasi kerajaan hari ini dengan baik.

Kerjasama di antara Umno dan Pas dibangkitkan secara komprehensif pada Perhimpunan Agung Umno 2018 sejak hari kedua persidangan termasuk oleh ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri dengan Pemuda dilihat lebih cenderung tidak begitu menyokong kerjasama itu.

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasarnya malam tadi, berkata Umno akan meneruskan kerjasama dalam Gagasan Pembangkang seperti Pas atas konsep ta’awun iaitu kerjasama untuk kemaslahatan bersama, tidak terikat dan bebas dengan cara yang tersendiri.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote