Malaysia Dateline

Umno patut diberikan kementerian lebih penting, kata Azalina

Umno patut diberikan kementerian yang lebih penting dalam kerajaan, kata pemimpin Umno yang juga bekas menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Dalam ciapan melalui twitternya, Azalina berkata, kementerian seperti Wanita, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Bandar, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian sepatutnya diberikan kepada Umno.

“Umno sepatutnya layak diberikan kementerian yang lebih significant seperti Kementerian Wanita, KDN, Kementerian Luar Bandar, MOF dan MOA,” tulis bekas Menteri Pelancongan itu dalam twitternya @AzalinaOthmanS.

Pagi tadi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Annuar Musa berkata, kerajaan perlu membubarkan parlimen selepas semua keadaan reda selaras dengan pendirian asal Muafakat Nasional (MN), gabungan antara Umno dan Pas.

Hampir kesemua kementerian yang dinyatakan oleh Azlina kini diisi oleh pemimpin dari Bersatu kecualia Kewangan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank CIMB.

Kementerian Wanita kini diberikan kepada Bersatu iaitu Rina Harun, KDN (Tan Sri Muhidin Yassin – Bersatu), manakala Pertanian (Ronald Kiandee – Bersatu).