Malaysia Dateline

Umno Perak tidak mahu DAP jadi Exco

Umno Perak tidak mahu DAP memegang jawatan eksekutif sekiranya bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Syarat Umno untuk membentuk kerajaan Perak yang baharu adalah dengan menuntut hanya PKR dan AMANAH menyertai barisan Exco.

“Permintaan ini sama sekali tidak logik,” kata sumber dipetik Malaysiakini.

DAP Perak mewakili 16 kerusi DUN sekali gus blok kedua terbesar selepas Umno yang menguasai 25 daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi.

Selain Umno dan DAP, Bersatu dan AMNAH masing-masing mempunyai lima kerusi, PKR (3), Pas (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad mengesahkan kehadirannya ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) esoknya diikuti Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Muafakat Nasional (MN), lusa.