Malaysia Dateline

Umno sahkan dua surat tarik sokongan kepada Mahiaddin diserah pada Agong

Umno hari ini mengesahkan bahawa dua warkah berhubung penarikan balik sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin Md Yassin telah diutus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Warkah-warkah berkenaan telah diutus bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021 oleh Presiden Umno, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Warkah yang pertama, bertarikh 30 Julai, di mana Zahid menyampaikan warkah kepada Agong untuk mempersembahkan tandatangan surat pertama yang ditandatangani oleh ahli parlimen Umno.

Warkah kedua, bertarikh 4 Ogos, Zahid menyerahkan senarai lengkap 14 ahli parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin dan tidak ada mana-mana anggota parlimen yang menandatangani surat pertama menarik sokongan mereka.

Surat berkenaan disahkan oleh peguam Santhra Segaran, bertarikh antara 29 Julai dan 3 Ogos.

Surat-surat terbabit disiarkan di media rasmi parti itu.

Seramai 14 Ahli Parlimen yang menandatangani surat berkenaan ialah:

Najib Abdul Razak (Pekan)
Azalina Othman Said (Pengerang)
Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
Ramli Mohd Nor (Tanah Tinggi Cameron)
Ahmad Maslan (Pontian)
Mohd Nizar Zakaria (Parit)
Noh Omar (Tanjong Karang)
Azeez Abdul Rahim (Baling)
Shamsul Anuar Nasara (Lenggong)
Bung Moktar Radin (Kinabatangan)
Mohamad Alamin (Kimanis)