Umno Sungai Besar mahu Noh tolak peletakan jawatan Jamal

Umno Sungai Besar mahu Noh tolak peletakan jawatan Jamal

Umno Bahagian Sungai Besar meminta Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar menolak peletakan jawatan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Naib Ketua Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, berkata Umno bahagian itu tidak mahu Jamal meletakkan jawatannya ketika perpaduan parti berada pada tahap terbaik ketika ini.

“Sudah tentu kita berharap agar Jamal tidak meletakkan jawatan kerana beliau dipilih oleh perwakilan pada pemilihan bahagian lalu.

“Dalam keadaan kita nak berhadapan dengan pilihan raya umum (PRU), tindakan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya pada Majlis Pelancaran Surat Khabar Sungai Besar Kini di Inap D’Bondang Homestay, Peket 60 Dalam, Sungai Besar,semalam seperti dilapor BH.

Bagaimanapun, Budiman yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata, seluruh ahli Umno Sungai Besar tetap akur apa jua keputusan yang diputuskan Badan Perhubungan Umno Selangor.

“Kami di peringkat bawah ini akur sahaja terhadap keputusan Tan Sri (Noh),” katanya.

Semalam Jamal menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi BN Parlimen itu kepada Noh.

Menerusi satu surat rasmi bertarikh 7 Februari, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah berkata, tindakannya itu bagi menjaga nama baik parti. Jamal sebelum ini ditahan reman selama lima hari dan beliau bersama beberapa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan.

TAGS