Malaysia Dateline

Umno tahu Pas akan ambil kredit penyatuan Melayu-Islam jika Umno-Bersatu berbaik

Umno boleh berbaik-baik dengan Bersatu pada bila-bila masa saja. Yalah, orang Bersatu asalnya orang Umno juga. Bukan orang lain pun.

Tapi, apabila P45 (Pas) konon-konon nak jadi hero, konon-konon nak jadi pendamai antara Umno-Bersatu, maka Umno buat keputusan tolak Bersatu.

Pemimpin Umno tahu, kalau Umno berbaik dengan Bersatu sekarang, naik tocanglah P45 (Pas). P45 (Pas) akan canang sana-sini, kononnya usaha P45 (Pas) lah Umno-Bersatu berbaik-baik. P45 (Pas) nak ambil kredit penyatu Melayu-Islam konon.

Pemimpin Umno cerdik. Depa tak akan buat sesuatu yang bagi kredit kepada P45 (Pas). Umno sedang cari jalan supaya kredit dapat kepada Umno.

Bukan macam pemimpin P45 (Pas), perasan cerdik tapi tindakan politik tak cerdik. Eh, macam mana aku boleh buka rahsia ni?