Umno tawar jawatan Menteri Besar dan ajak saya keluar Pakatan Harapan

UMNO TAWAR JAWATAN MENTERI BESAR, AJAK SAYA KELUAR PAKATAN HARAPAN -ASMUNI

Diwawancara oleh Astro Awani tentang khabar angin konon wujudnya gerakan yang serius untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu oleh beberapa orang exco kerajaan negeri menerusi usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Saya menegaskan di pihak AMANAH ‘solid’ di belakang Menteri Besar untuk mendokong kerajaan yang ada pada hari ini. Dan Adun-Adun dari parti komponen Pakatan Harapan yang lain turut berpendirian yang sama. Tidak ada sebarang masalah yang boleh cetuskan pertelingkahan dan kestabilan.

Sebaliknya saya ingin mendedahkan, Umno pada 1 November lalu telah menghantar wakil mengajak saya keluar daripada Pakatan Harapan dan menawarkan saya jawatan Menteri Besar bagi membentuk kerajaan bersama-sama Pas dan wakil rakyat BERSATU. Saya tolak bulat-bulat tawaran yang dibuat oleh individu yang sangat dikenali itu.

Individu yang pernah berjawatan tinggi dalam Umno Perak itu telah bertemu dengan saya dengan membawa salam daripada Dato’ Shaarani dan menawarkan jawatan Menteri Besar Perak kepada saya.