Malaysia Dateline

Umno telah putuskan tidak sertai bila PN didaftarkan, kata ahli MT

Umno tidak akan menyertai gabungan parti politik Perikatan Nasional (PN) apabila ia didaftarkan secara formal nanti, kata anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dalam satu kenyataan di facebook beliau, Puad berkata, keputusan itu telah dibuat Umno, sebelum Bersatu mengambil keputusan untuk mendaftarkan PN sebagai badan formal.

Menurut bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu, antara keputusan mesyuarat Bersatu malam tadi adalah ‘formalies‘kan penubuhan PN.

“dalam mesyuarat MPT Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk ‘formalise‘ penubuhan PN.

“Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal.

“Umno tidak akan sign. Maka apa langkah Muhyiddin seterusnya????” tulis Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan yang ditubuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Puad mengulas tindakan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya semalam.

Menurut Puad, beliau mendapat maklumat dari orang rapat Shahruddin, beliau meletakkan jawatan itu kerana tidak yakin lagi dengan kedudukan Bersatu.

“Dia beritahu kawan rapatnya, Bersatu akan mati kerana tidak ada grassroot. Menurutnya, Muhyiddin tidak buat apa apa untuk memperkukuhkan parti.

“Dengan keahlian Bersatu 500 orang di Sri Gading sedangkan Umno 30,000 ahli, dia tidak yakin boleh menang lagi di Sri Gading tanpa sokongan DAP,” kata beliau.

Bahkan, kata Puad, menjadi calon pun belum tentu kerana Umno dan Bersatu bekerjasama dalam PN.

“Itulah juga alasan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bekas Menteri kereta terbang apabila timbul ura ura dia juga akan letak jawatan.

“Padanya Bersatu tunggu masa untuk berkubur macam Semangat 46,” tulis Puad lagi.

Atas sebab itulah juga, katanya, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu malam tadi, antara yang diputuskan ialah untuk “formalise” penubuhan PN.

“Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal,” kata Puad.