Malaysia Dateline

Mukhriz Mahathir Kepala Batas

Umno terpaksa umpan hadiah ke mesyuarat agung, kata Mukhriz

“Umno di bawah kepimpinan Najib semakin hilang sokongan dan terpaksa disediakan cabutan bertuah dalam kebanyakan persidangan agung Umno Bahagian.

“Ada Umno bahagian yang terdesak dengan menyediakan hadiah cabutan bertuah yang berupakan ‘drone’ bagi menarik hadirin yang semakin hilang keyakinan terhadap Umno.

“Bukan setakat itu saja, malah semasa persidangan agung Umno di Alor Setar baru-baru ini pun orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai, katanya dalam program Jelajah Semarak di padang Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas malam tadi.

Ribuan hadirin yang membajiri padang Kompeks Sukan MPSP di Bertam Kepala Batas malam tadi

Menurut beliau lagi, apa yang lebih pelik apabila persidangan agung Umno Bahagian di Kedah baru-baru ini menyediakan hadiah cabutan bertuah yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Mereka menyediakan sebanyak tujuh buah motosikal untuk menarik orang ramai hadir mesyuarat agung Umno Bahagian.

“Turut dijadikan hadiah ialah kereta dan rumah PPR yang menjadi milik kepada golongan berpendapatan rendah.

“Ini semua jelas dan terlalu ketara bahawa Umno dan pimpinan Najib sudah tidak lagi mendapat tempat sehinggakan terpaksa mereka cipta hadiah untuk hadir persidangan agung Umno Bahagian,” katanya.

Kepala Batas sasaran PH

Mukhriz yang juga Naib Presiden Bersatu turut berkata, pemilihan Kepala Batas sebagai tapak untuk program ‘Jelajah Semarak’ kali ini sebagai isyarat Parlimen Kepala Batas merupakan salah satu kawasan yang menjadi sasaran kemenangan Pakatan Harapan(PH).

“Kita yakin bahawa Kepala Batas akan beralih tangan bersama dua lagi Parlimen di Pulau Pinang yang kini dikuasai oleh Umno kepada pembangkang.

“PRU ke-14 akan membawa nafas baru apabila Umno tidak lagi dibiarkan untuk mempertahankan Kepala Batas setelah ramai ahli mereka menyertai Bersatu dan juga komponen yang lain dalam PH.

{loadposition myposition}

“Rakyat harus menolak Umno dan BN dalam PRU ke-14 yang akan datang serta tidak lagi memberi mandat kepada mereka untuk menang sekali lagi,” ujarnya.

Malah tambahnya sekiranya BN menang pilihan raya yang akan datang, masa depan negara akan kelam dan gelap.

Yang lebih parah adalah nasib generasi muda yang akan datang apabila hidup mereka dibebani dengan pelbagai kesukaran hasil bikinan polisi Umno dan BN yang korup, tiris, boros dan kleptokrasi di bawah kepimpinan Najib.

Katanya lagi, negara tidak harus dibiarkan terus dikuasai oleh penyangak dan penyamun wang rakyat untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden PH Tan Sri Muhyiddin Yassin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Nainb Presidne PHserta kepimpinan Amanah dan PH Pulau Pinang.