Malaysia Dateline

Umno tidak dayus, kata Tok Mat kepada Bersatu

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan menyifatkan parti itu dayus kalau tidak melawan tindakan Bersatu sekarang yang cuba mencuri dan membeli pemimpin dan ahli mereka.

“Tak kan kita dayus, orang kata Umno dayus kita diam je?..’no way‘. Saya Timbalan Presiden parti ‘I will fight to the end’ (Saya akan lawan hingga akhir).

“Saya tidak kesah kita jalinkan kerjasama. Saya faham kita jalinkan kerjasama kita akan mendapat banyak faedah tetapi jangan ‘undermine‘ kita, jangan ambil ‘market share‘ kita,” kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

Ini adalah pertama kali Timbalan Presiden Umno itu bersuara membantah tindakan Bersatu mencuri dan membeli ahli dan pemimpin Umno hari ini.

“PPBM, mengapa kau nak mengacau Umno punya rumahtangga? Mengapa PPBM nak berkubang dalam kubang kita?

“Kau berkubanglah dalam kubang PAN (AMANAH), kubang PKR tu..’the market is much bigger there..you practice kan laa blue ocean strategy because here is already red ocean (strategi lautan biru kerana di sini sudah merah),” kata beliau lagi.

Mohamad menyertai suara akar umbi Umno yang marahkan Bersatu ekoran tindakan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu cuba mencuri ahli mereka.

Sebelum ini, ramai ahli Parlimen Umno telah dicuri oleh Bersatu dan dilantik menjawab pelbagai jawatan termasuk menteri.

Desakan agar Umno memutuskan hubungan dari Bersatu dan keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat sekarang.

Ia menjadi agenda dan resolusi utama dalam mesyuarat agung Bahagian Umno yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Pemuda Umno sebelum ini mendakwa, Bersatu membeli pemimpin Umno dengan memberikan rasuah kepada mereka.

Bagi Tok Mat, tindakan Bersatu mengacau bahagian dan cawangan Umno dengan menarik mereka menyertai Bersatu sememangnya tidak disenangi parti itu.

Of course¬†laa orang Umno tak suka. Tambah pulak ada gerakan-gerakan dibuat itu ini untuk melemahkan Umno,” kata beliau.

Katanya, Umno sebelum ini telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Bersatu dengan memberikan jawatan perdana menteri kepada mereka.

“Kita sokong walaupun kau 13 kerusi kau PM, tak apa kita setuju..walaupun Umno tak ada jawatan-jawatan penting, jawatan kanan, tak apa kerana kita dah berjaya jatuhkan DAP. Itu asas dia.

“Sekarang ini mai cerita Umno tamak kuasa lah tak dapat jawatan lah,” kata Tok Mat dalam wawancara dengan Studio UN9 itu.

Beliau meminta Bersatu pergi mengacau kubu parti pembangkang terutama PKR dan AMANAH.

“Berkubanglah dokek PAN, PAN ada berapa kerusi, kau berkubanglah dekat PKR, PKR ada banyak kerusi, berkubanglah tempat DAP..go and fight there, we will help you (pergilah lawan sana, kami akan bantu). Apa nak amek kerusi kita?” kata beliau lagi.