Malaysia Dateline

Umno tidak perlu bersandiwara, tanpa kamu PN sudah jatuh

Umno tidak diminta bersandiwara dengan mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tanpa sokongan mereka kerajaan ini sudah jatuh.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, “Tanpa sokongan Umno kerajaan sekarang tak dapat dibentuk.”

“Cukuplah,” kata Khalid mengulas kritikan demi kritikan yang dibuat oleh pemimpin Umno khasnya Penasihat Umno yang juga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap kerajaan PN.

“Umno ohhh Umno, sampai bila nak bersandiwara?

“Kes 1 MDB pun bersandiwara. Sampai sekarang mendakwa sebagai ‘mangsa’ penipuan..

“Kutuk kerajaan PN+BN pun sandiwara. Kamu bersamalah jibby ooi, dengan kerajaan ni.

“Tanpa sokongan Umno kerajaan sekarang tak dapat dibentuk,” kata Khalid menerusi Twitter beliau.

Khalid turut memaparkan tokoh-tokoh utama dalam kerajaan yang menyebabkan kerajaan ini gagal sebagai yang disebarkan oleh orang ramai.

Menteri Kesihatan yang menjaga urusan Covid-19 adalah Umno, menteri yang menjaga vaksin ang kecoh itu juga Umno bahkan menteri yang menetapkan SOP yang bercelaru itupun Umno.

“Terpaling perasan pembangkang, kutuk kerajaan pasal Covid, vaksin dan SOP PKP pun orang Umno,” kata poster itu.