Umno dan Barisan Nasional menolak proklamasi darurat disambung lagi selepas ia tamat Ogos ini, kata Presiden Umno yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas keluar dari menghadap Yang Dipertuan Agong.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira sejam, Zahid berkata, Parlimen juga wajar bersidang segera.
“Umno berpendirian parlimen wajar bersidang.
“Ini bagi memastikan sistem demokrasi negara dapat dipertahankan dan wujud elemen semak dan imbang dalam segala aspek yang berkaitan dengan pentadbiran negara,” katanya.
Ditanya berkenaan cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran), dia berkata isu itu tidak dibincangkan dalam pertemuan tadi.
“Kita tak bincangkan soal itu…Darurat patutnya mencukupi. Tetapi ia (darurat) digunakan untuk mencapai tujuan lain,” katanya lagi.