Umno turut belasah Khairuddin, tuntut didakwa di mahkamah
"Peliknya, kenapa KKM pula yang double standard. Kenapa jumlah kompoun terlalu rendah dan amat tidak adil. Kenapa musnahkan jenama KKM yang sudah hebat," kata Puad.

Umno turut belasah Khairuddin, tuntut didakwa di mahkamah

Umno meminta Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menggunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menutup kesalahan tetapi perlu ke mahkamah.

Namun begitu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi meminta supaya jangan kutuk beliau kerana kritikan ini.

“Sebab itu jangan gunakan KKM untuk cover line. Khairuddin patut didakwa di mahkamah.

“Janganlah kerana kritikan saya ini, saya dituduh tidak cover line dan tidak berjiwa Muafakat Nasional.

“Pasti saya akan dikutuk,” kata beliau melalui facebooknya.

Puad mempersoalkan tindakan Khairuddin yang melanggar tempoh kuarantin 14 hari oleh KKM selepas pulang dari bercuti di Turki bersama keluarganya.

“Dia Menteri, dia berpendidikan tinggi, dia berjawatan dalam parti dan dia seorang Islamis. Kenapa sanggup langgar peraturan?” tanya bekas Ketua Pengarah Jasa itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komiditi itu telah mengaku salah.

“Dia sanggup pulangkan gaji empat bulan. Itu bukan sikit. Itu bukti dia sendiri mengaku kesalahannya amat berat dan memalukan.

“Peliknya, kenapa KKM pula yang double standard. Kenapa jumlah kompoun terlalu rendah dan amat tidak adil. Kenapa musnahkan jenama KKM yang sudah hebat,” kata Puad.

Bagi beliau, ada dua isu besar di sini.

“Pertama melanggar peraturan kuarantin 14 hari bagi yang baru pulang dari luar negara. Kedua, jumlah kompoun ikut suka hati aku.

“Akhirnya Kerajaan PN akan dituduh dua kali lima. Ada campur tangan politik dan tidak boleh diharap,” kata beliau.

COMMENTS

Wordpress (0)