Malaysia Dateline

Umno umpama ayam berak kapur, kokok saja berdegar-degar

Semasa Perhimpunan Agung terpekik terlolong memaki hamun Bersatu dan kumpulan Azmin di dalam PN. Diminta semua perwakilan berdiri menyatakan sokongan dan mandat untuk memutuskan hubungan dan keluar daripada Kerajaan PN.

Seorang pemimpin lain semasa berbahas siap mengkepala hotak Azmin kerana kononnya “selektif” terkait pelaburan.

Umum maklum bahawa negara sekarang di ambang nazak. Bermula dari era Najib dengan 1MDBnya kemudian dibaiki oleh PH selama 22 bulan. Negara dalam krisis sama ada ekonomi atau pun politik.

Ketidakstabilan politik dalam pentadbiran kerajaan mengakibatkan sektor ekonomi terjejas teruk ditambah pandemik COVID-19.

Pentadbiran kerajaan yang dianggotai Bersatu, Umno, Pas dan kumpulan pengkhianat Azmin masing-masing punya niat dan matlamat tersendiri bukan sebagai suatu pasukan.

Umno umumkan hanya menyokong kerajaan sehingga Parlimen dibubar. Pas pula berpeleseran dengan Bersatu manakala kumpulan Azmin tiada apa-apa hala tuju melainkan cukup bulan terima gaji.

Ketidakstabilan politik dalam kerajaan bukan disebabkan unsur luar seperti DAD atau AMANAH tetapi anggota kerajaan sendiri.

Bagaimana pelabur asing mahu ke Malaysia jika mereka tidak yakin dengan pentadbiran negara? Perdana Menteri tidak diiktiraf negara luar. Pergi ke Saudi konon atas jemputan Raja Saudi tetapi bila di sana hanya berkomunikasi secara maya. Ke Indonesia juga konon atas jemputan tetapi tidak sampai berapa jam kembali ke tanahair. Bagai tidak dirai.

Umno tidak boleh malah tidak layak menganggap mereka pejuang bangsa, agama dan tanahair kerana merekalah yang bersekongkol dan terus menyundal dengan PN.

Alasan kekal di dalam jemaah menteri demi negara adalah pembohongan paling dahsyat oleh pimpinan melayu ini.

Mereka di dalam pentadbiran tahu situasi negara. Tiada ada yang mereka lakukan dan boleh lakukan selagi mereka antara mereka bersikap masing-masing. Aku Umno cara aku, kamu Bersatu cara kamu, enta Pas cara Pas. Apa akan jadi pada negara dan masyarakat? Hanya melopong tunggu pengumuman demi pengumuman yang tiada hasil.

Umno tidak lebih dari ayam yang berak kapur. Di depan berkokok gah tetapi hakikatnya uzur bontot berkapur menunggu hari untuk mati.

Dalam keadaan Umno yang sebegitu lemah dan longlai, masih ada menaruh harapan bersama Umno. Dasar!!!!