Umum kematian langkah tidak bertanggungjawab dan palsu

Umum kematian langkah tidak bertanggungjawab dan palsu
Mengumumkan kematian ketika ianya tidak berlaku satu yang tidak bertanggungjawab, kata Menteri Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad kesal dengan tindakan seorang pemimpin Pas di Johor yang telah membuat perisytiharan bahawa seorang telah mati akibat keracunan bahan kimia di Pasir Gudang.

“Saya kenalpasti seorang bernama Normala Sudirman telah membuat naik dalam FB beliau tentang kematian ini padahal ia tidak benar sama sekali,” kata Dr Dzulkefly.

Menurut beliau, sehingga kini tidak ada seorang pun yang telah didapati meninggal dunia akibat keracunan ini.

Ekoran itu, beliau menyifatkan pengumuman yang dibuat ini sangat tidak bertanggungjawab.

Tindakan mengumumkan kematian ketika ia tidak berlaku ini turut dikecam oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maiden.

“Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab dan cuba menekan ‘panic button’,” kata Hanipa ketika membahaskan usul ini.