Malaysia Dateline

Uncle Ah Hock sebatang kara terharu ada yang menyantuninya

Ah Hock, 50 tahun yang hidup sebatang kara di sebuah rumah usang, tiada bekalan elektrik, air paip malah tandas pun tiada.

Tahun lepas beliau diberi sebuah rumah baru yang disiapkan dalam tempoh sembilan hari oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.

Sambutan Tahun Baru Cina hari ini Ah Hock sudah dapat menyambutnya di rumah baru setelah setahun di bina, namun beliau keseorangan dan sentiasa terkenang zaman ketika keluarga masih ada.

Ketika itu bagi Ah Hock walaupun tidak mewah tapi sekurang-kurangnya ada bersama orang tersayang pada tahun baru Cina.

Tahun Baru Cina ini Steven Sim beri satu kejutan kepada Uncle.

Beliau menghiaskan rumahnya cantik-cantik, bawa sedikit kuih raya dan belikan baju baru warna merah untuk Uncle.

“Kasi dia “Ong” pada tahun Rimau ini.

“Apabila saya hulurkan ang pow ke tangannya, air mata Uncle Ah Hock terus mengalir,” tulis Steven Sim di Facebooknya

Lama tak sambut tahun baru Cina, tak sangka saya yang sudah tua ini pun boleh dapat ang pow Uncle Ah Hock berseloroh.

Bagi Steven walaupun tidak dapat menggantikan ahli keluarganya yang sudah tiada, beliau cuba beri sedikit keceriaan kepada Uncle Ah Hock.

“Uncle tidak keseorangan, saya ada di sini bersama Uncle.”

?Saya anggap orang Bukit Mertajam macam keluarga besar saya. Saya akan sentiasa berusaha menjaga keluarga saya.

“Demi masa, hargailah apa yang ada di depan kita.

“Selamat menyambut tahun baru Cina. Gong Xi Fa Chai,” ujar Steven.