Malaysia Dateline

Uncle Kentang tak setuju tindakan roboh rumah flat

Aktivis masyarakat Kuan Chee Heng tidak bersetuju dengan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak drastik merobohkan binaan tambahan yang dilakukan seorang pemilik rumah flat di Ampang.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, PBT sepatutnya mempertimbangkan hukuman lebih ringan seperti denda lebih-lebih lagi jika rumah yang diubah suai sudah berpuluh tahun di situ.

Bahkan katanya, flat lama yang dibina kerajaan adalah terlalu kecil dengan hanya mempunyai dua bilik dan satu bilik air, sekali gus menyukarkan kehidupan keluarga terutama golongan miskin.

“Kerajaan bina flat kecil. Yang beli ramai Melayu yang tak mampu beli rumah mewah atau rumah teres. Ramai India dan Cina pun sama juga tak mampu beli rumah teres,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, flat yang dibina kerajaan juga tidak ‘mesra keluarga’ terutama keluarga yang mempunyai anak ramai.

“Nak tak nak kenabuat ‘renovation’ sikit kasi besar lah rumah flat. Nak beli rumah teres masih tak mampu.

“Kita negara berlandaskan agama. Kita berkebajikan. Kalau ia menganggu keselamatan jiran, kita terpaksa ambil tindakan. Kalau tidak, tak perlu lah,” katanya.