Undang-undang drakonian Insya-Allah akan pergi di era PH

Undang-undang drakonian Insya-Allah akan pergi di era PH

Baru-baru ini saya bersama-sama YB Batu Gajah dan YB Batu Kawan telah menerima memorandum daripada sebuah NGO berkenaan SOSMA.

Saya menerima memorandum tersebut atas kapasiti saya sebagai Timbalan Menteri JPM yang berkaitan dengan portfolio undang-undang. Kami juga telah bertemu keluarga mangsa tahanan di Padang Merbok dan membuat sidang akhbar di Parlimen.

Semasa kami menjadi MP pembangkang, saya dan kawan-kawan menentang habis-habisan sebarang undang-undang yang zalim dan drakonian seperti SOSMA, Akta MKN, Akta Hasutan dan lain lain. Kami berbahas kadangkala hingga lewat pagi.

Saya sendiri pernah menjadi peguambela kepada tahanan SOSMA dan beberapa akta drakonian yang lain. Beberapa menteri kabinet PH juga pernah jadi mangsa Akta drakonian. Justeru , kami tahu dan rasa apa yang keluarga mangsa rasai.

Dalam manifesto PH , kami juga berjanji untuk hapuskan atau batalkan (revoke) beberapa Akta drakonian dan hapuskan juga beberapa peruntukkan (provisions) yang zalim dalam certain laws.

Saya cuba berlaku jujur dengan frasa yang digunakan oleh para penggubal manifesto PH. Janji itu bagaimanapun, bukan dalam senarai janji 100 hari yang pertama. Once again, saya cuba berlaku jujur kepada para penggubal manifesto. Saya juga harap kita juga sewajarnya jujur.

Bila saya baca memorandum NGO tersebut, saya dapati mereka hanya pohon agar seksyen 13 SOSMA – yang tak benarkan tahanan SOSMA dijamin – dipinda agar mereka boleh dijamin. Mereka harap pindaan tersebut dapat dilakukan dalam sidang Parlimen yang berlangsung sekarang.

Bagi saya, sebarang desakan untuk hapuskan sama ada draconian laws atau draconian provisions adalah suatu yang munasabah. Jika bukan kepada Kerajaan PH, kepada siapa lagi mereka nak desak?

Saya Insya-Allah will do my best untuk cuba realisasikan hasrat murni rakyat atas kapasiti rasmi saya tersebut. Saya percaya itu juga komitmen YAB PM dan ahli ahli kabinet beliau.

Saya cuma berharap rakyat dapat bersabar sedikit dengan kami sepertimana kita semua amat bersabar dengan karenah BN dalam tempoh 60 tahun. Ini kerana terlalu banyak sangat kerosakan yang rejim dulu tinggalkan untuk kami dan anda semua. Ini bukan excuses tapi permintaan jujur kami. Maaf.

Kesabaran anda semua amat kami hargai.

Allah lebih tahu.