Undang-undang Malaysia untuk siapa?

Undang-undang Malaysia untuk siapa?

Apa yang hendak dihairankan kenyataan Mufti Pahang mengisytiharkan DAP kafir harbi dan dengan definasi itu mereka boleh di hapuskan.

Sejak tahun lepas lagi Amanah telah membantah kenyataan seorang “ulama” negeri utara dari sebuah parti politik yang “menghalal darah” mereka yang tidak sehaluan dengan parti mereka.

Pihak polis dan berkuasa tidak mengambil tindakan yang sepatutnya.

Salepas itu seorang anak pimpinan Pas Terengganu, yang “ selalu memberi kuliah di masjid-masjid”, telah mengugut secara terbuka Ketua Pemuda Amanah Terengganu dan seorang Ustaz pimpinan Amanah dalam dua insiden berasingan di rumah mereka.

Walaupun lapuran polis telah dibuat, sehingga kini tiada tindakkan di ambil olih pihak berkuasa.

Jadi apa yang hendak dihairankan tindakan Mufti dari Negeri kerajaan Umno. Bukankah Pas juga menjadi penasihat pada Umno?

Apabila ahli I.S.- Islamic State, membuat ugutan keganasan melalui video dari seberang laut, pihak polis memberi amaran keras.

Apabila mereka yang membuat ugutan dan kenyataan menghasut keselamatan berada di depan mata dalam negara, pihak berkuasa tidak mengambil tindakan sepatutnya.

Adakah kerajaan serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata ?

Adakah kerajaan menunggu insiden tidak diingini berlaku sebelum bertindak ?

Apa telah terjadi kepada konsep “wasatiyah” kerajaan Dato Najib?

Apa telah terjadi kepada konsep Satu Malaysia?

Apa telah terjadi kepada Malaysia negara yang di segani dan dicontohi negara lain?

Nampak gayanya Mufti Kerajaan Pahang Umno bebas membuat kenyataan walaupun betapa bahaya kenyataan kafir harbi yang membolehkan yang dituduh dihapuskan.

Nampaknya ahli ahli Pas yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan dengan kenyataan halal darah terhadap lawan mereka.

Bukankah MCA rakan Barisan Nasional Umno mempunyai pendirian sama dengan DAP dalam isu hudud.

Bukankah undang-undang hasutan dan ugutan negara untuk semua rakyat Malaysia …..atau hanya untuk ahli parti pembangkang yang sering di soal dan ditangkap untuk sekecil- kecil alasan ?

Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Malaysia kawasan Kuala Terengganu.

COMMENTS

Wordpress (0)