Malaysia Dateline

Bersatu seru SPR segerakan pelaksanaan Undi 18

Bersatu menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempercepat pelaksanaan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, parti itu mengiktiraf peranan dan pembabitan aktif anak muda dalam bidang politik serta aktiviti kemasyarakatan.

“SPR perlu menyegerakan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Kesepakatan itu dicapai melalui mesyuarat MPT Bersatu semalam, yang dipengerusikan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam masa sama, Hamzah berkata, partinya melantik 12 wakil dalam Jawatankuasa Permesyuaratan Bersatu-Pas bagi merangka strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menteri Dalam Negeri itu juga berkata, Bersatu akan terus memperkukuh kerjasama antara anggota Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Untuk rekod, Star dan SAPP adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan lain-lain.

LANJUT MENYUSUL