Malaysia Dateline

Undi 18 tahun: Pastikan lebih ramai terlibat pilihan raya

Usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun membolehkan lebih ramai rakyat negara ini untuk memilih pemimpin.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap hal tersebut.

“Falsafah yang mendasari pindaan ini adalah bagi memastikan lebih ramai rakyat negara ini berpartisipasi dalam demokrasi pemilihan kepimpinan negara.

“Ini adalah perkara yang menjadi keutamaan kami,” kata Pengerusi Biro Undang-undang AMANAH (Kanun) berkenaan.