Undi percaya: Hadi usah perdaya rakyat, kata Lim Kit Siang

Undi percaya: Hadi usah perdaya rakyat, kata Lim Kit Siang

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jangan menganggap rakyat Malaysia terlalu naif untuk mempercayai bahawa usul undi percaya yang akan dibuat pihaknya di Parlimen bulan depan adalah untuk menyelamatkan negara.

Hakikatnya kata beliau, ia adalah satu usaha yang dibuat untuk memecah belahkan Pakatan Harapan (PH).

“Ia juga membuktikan bahawa pimpinan Pas sekarang tidak lagi berpegang kepada prinsip demokrasi berparlimen dan akan menjadi yang pertama mengetepikan prinsip dan amalan demokrasi jika mendapat kuasa.

“…sama seperti pimpinan Pas sekarang yang mempamerkan sikap tidak patuh kepada Perlembagaan dan Rukunegara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menyokong rasuah serta kleptokrasi,” kata AHli Parlimen Iskadar Putri dalam satu kenyataan di blognya.

Jelasnya lagi, selain itu Pas turut membenarkan fitnah dan pembohongan berleluasa dan cuba membersihkannya sebagai “patuh-syariah”.

Katanya lagi, Hadi juga mendakwa bahawa MP Pas tidak “pengecut” dan membuat fitnah bahawa MP DAP tidak bersatu dalam isu berkenaan.

“Inilah contoh pembohongan “patuh syariah” yang persetujui pimpinan Pas sekarang,” kata beliau.