“Unik! Kalah Miss Universe” – Rekaan baju kanak-kanak raih perhatian ramai

Oleh MAISARAH AISYA

Jika dilihat orang Malaysia ini sangatlah kreatif dalam pelbagai bidang cuma tidak ada platfrom untuk menunjuk bakat tersembunyi.

Bukan semua dilahirkan untuk menjadi kreatif apatah lagi menghasilkan busana dengan bermotifkan warna di bendera Malaysia.

Tular satu video di TikTok mengenai seorang pelajar perempuan menggayakan satu busana dengan motif batik lukis dan aksesori rekaan wau.

Video tersebut dimuat naik pengguna TikTok, @aswaddesigner memuji pakaian tersebut yang bertemakan merdeka.

“Love (suka) gila baju merdeka ni. Tahniah orang pantai timur,” ujarnya pada kapsyen di akaun TikToknya.

Rata-rata memuji ibu bapa pelajar tersebut yang bersungguh dalam memastikan busana menepati temanya.

“Tahniah adik mmg berbakat dan mak ayh yang sangat peramah baik. Wau bulan paling mahal dengan batik lukis, memang cantik dari atas sampai bawah.

“Tahniah diucapkan kepada adik ni dan keluarga serta yang menjayakan hasil idea kreatif yang cantik ni.

“Rasanya ini pakaian tema kebangsaan tercantik, ada lmbang kebangsaan ada lambang negeri dan makeup serta model juga serba cantil.

“Kalaulah contoh kostum ni jadi ilham untuk dipakai Miss Universe mesti gempak ni,” antara komen netizen.

Baca juga: Ringgit Malaysia kini mata wang terbaik Asia, Dolar Singapura duduki tangga kedua?