Malaysia Dateline

UniSZA wujudkan kemudahan manuskrip digital untuk manuskrip Islam dan Melayu

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti pertama di Malaysia mewujudkan kemudahan manuskrip digital untuk manuskrip Islam dan Melayu.

Ini direalisasikan selepas universiti itu memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan TM One, cabang penyelesaian perniagaan sektor awam dan perusahaan Telekom Malaysia Bhd (TM), untuk memulakan sistem manuskrip digital dan inisiatif penyimpanan atas permintaan untuk perpustakaan UniSZA melalui penyelesaian TM One Cloud dan Data Centre.

Menurut kenyataan bersama hari ini, kerjasama itu termasuklah TM One menempatkan Twin Core Data Centre untuk menyimpan 35,000 manuskrip digital, boleh diakses di perpustakaan UniSZA untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.