Malaysia Dateline

Unit KNM menang kontrak RM28 juta

Anak syarikat KNM Group Bhd, KNM Process Systems Sdn Bhd, memperoleh kontrak RM28.17 juta (US$6.828 juta) daripada TTSJV WLL bagi membekalkan kapal tekanan keluli karbon.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bekalan dan penghantaran kapal itu adalah untuk tempoh 13 bulan.

“Setelah menimbang semua aspek, lembaga pengarah berpendapat kontrak itu merupakan kepentingan terbaik untuk syarikat,” katanya.

Secara keseluruhannya, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan KNM Grouop bagi tahun-tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2019 dan 31 Dis, 2020.

— BERNAMA