Universiti Johor akan terima pelajar pada 2021, kata Exco

Universiti Johor akan terima pelajar pada 2021, kata Exco

Seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum ke14 (PRU14) yang lalu, Universiti Johor bakal beroperasi dalam jangka masa tiga tahun lagi.

Perkara itu dijelaskan oleh Exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Johor, Haji Aminolhuda Haji Hassan ketika ditemui di Tebrau baru-baru ini.

Menurut beliau setakat hari ini beberapa perancangan akhir bagi mewujudkan universiti berkenaan telah dalam fasa untuk siap keseluruhannya.

“Kita akan menerima pendaftaran pelajar sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang.

“Universiti ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021 dan dalam perancangan kerajaan negeri akan memasukkan perkara ini ke dalam bajet 2019.

“Setakat ini sokongan dan kebenaran dari peringkat kerajaan pusat telah diperolehi. Segala kos berkenaan dengan pembinaan universiti ini adalah dari kerajaan negeri seluruhnya,” jelas beliau.

Dalam pada masa yang sama, Aminolhuda berkata Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) akan dinaik taraf menjadi universiti.

Ujar Ahli Dewan Negeri (Adun) Parit Yaani itu lagi, ia secara langsung dapat memartabatkan bidang pendidikan negeri Johor dan gabungan dari pendidikan Islam di negeri ini.

“Kita akan usahakan mengabung dua kolej seperti KYPJ dan MARSAH untuk dijadikan universiti.

“Kedua-dua kolej itu telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan kolej-kolej berkenaan juga telah mempunyai pelajar mereka.

“Juga kolej-kolej yang disebutkan tersebut mempunyai tenaga pelajar yang berpengalaman dan akan dinaikkan taraf mereka. Fasa terakhir perbincangan adalah berkenaan dengan silibus yang akan diajarkan di universiti berkenaan,” Haji Aminolhuda Haji Hassan.

Universiti Johor sebelum ini telah menjadi janji dalam manifesto PH Johor di mana universiti berkenaan akan menerapkan keperluan bagi penduduk di negeri Johor untuk memperlajari pendidikan yang mendapat permintaan di negeri ini.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS