Malaysia Dateline

“Untung nak, rezeki halal pun nak”-Chef telan air liur tengok harga barang naik 100%

Kebiasaan peniaga akan menyenaraikan kos harga barang yang akan dibelinya bagi tempoh 3 bulan sekali, namun pada bulan ini beliau terkejut dengan kenaikan harga barang hampir 100 peratus.

Che Amer yang mengemaskini senarai harga bahan untuk bulan Ogos terkejut apabila mendapati secara keseluruhan harga barang naik hampir 15 ke 40 peratus dan ada juga naik seratus peratus.

“Minggu lepas, kami ke pasar, kedai dan pasaraya untuk mencari harga terkini.

“Lebih 350 item yang kami kena cari harganya.

“Mak aiiii…tertelan air liur bila tengok. Secara keseluruhan, hampir 15 hingga 40% naik harganya,” kata beliau di hantaran Facebooknya.

"Untung nak, rezeki halal pun nak"-Chef telan air liur tengok harga barang naik 100%

Hasil semakan beliau cili kering naik hampir 100%, lamb dan mutton naik 40%, bahan tenusu naik 20%, rempah naik 18% dan sayur naik 15%.

Malanganya kata beliau kos yang dibuat pada 3 bulan lepas, sudah tidak boleh diguna pakai lagi.

Sebagai seorang peniaga adalah menjadi kewajipan untuk membuat pengiraan kos bahan berdasarkan harga semasa, paling tidak 4 bulan sekali, jika tidak peniaga akan khayal dan syok sendiri.

Dalam pada ini, beliau kecewa kerana masih ada lagi peniaga yang suka main harga, campak dan letak harga yang rendah.

“Langsung saya tak boleh brain.

“Konon untuk bersaing sedangkan itu adalah kerja berbunuhan sesama sendiri namanya.

“Pengiraan kos main congak-congak sahaja berdasarkan bahan yang dibeli. Kos gas, kos pekerja, kos utiliti termasuk sewa, bil air, letrik.

“Kos operasi seperti sewa penapis air, sarung tangan, sabun pencuci, alat tulis, apron, servis aircon dan lain-lain lagi.

“Itu saya tak tanya lagi bil dari Indah Water, bil telefon, petrol, parking, toll, biskut, milo, teh, gula dan susu untuk staff lagi.

“Semua tidak dikira sekali.

“Sudahnya, berniaga hari-hari, dari pagi sampai ke subuh. Tetapi untung entah ke mana,” katanya.

Selain berniaga untuk mendapatkan keuntungan bersih, katanya yang penting berniaga untuk mendapat rezeki yang halal.

Katanya, bersih di sini membawa maksud keuntungan setelah ditolak semua kos-kos yang sepatutnya.

“Bila kita dah kira dan melihat keuntungan yang sebenar.

“Baru kita tersedar,” ujarnya.

Baca juga: Pada malam pertama…

Baca juga: Simpan duit sikit-sikit sebab nak bayarkan yuran KAFA kawan, bapa tersentuh lihat kegigihan anak