Malaysia Dateline

Untungnya orang Johor

Sebenarnya orang Johor hari ini amat beruntung. Sekarang dalam tempoh kempen bagi pilihan raya negeri. InsyaAllah, 12 Mac masing-masing akan memilih.

Siapa yang akan dipilih? Hanya Allah dan pengundi yang tahu. 12 Mac kita semua akan tahu siapa yang dipilih. Siapa yang menang dan siapa yang kalah.

Untungnya, orang Johor kerana setelah memilih pada 12 Mac nanti, mereka akan memilih lagi apabila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dijalankan.

Pemilihan mereka pada 12 Mac akan memberikan petunjuk dan mereka menjadi penentu apabila pilihan raya umum akan berlaku.

Sekarang mereka sudah dengar dan lihat parti-parti dan calon-calon yang bertanding dan mereka akan pilih nanti pada 12 Mac. Dalam PRU-15, tidak perlu susah payah fikir lagi kerana 12 Mac mereka sudah buat keputusan.

Sesungguhnya PRU-15 tidak lama lagi. Paling lewat bulan Jun 2022 kerana Parlimen akan dibubar seawal bulan Mei 2022. Tiga bulan dari sekarang.

Orang Johor raya tiga kali sebelum Jun. Raya pertama sekarang dalam pilihan raya negeri, kemudian Raya Puasa, selepas itu Pilihanraya Umum.

Lebih untung jika mereka memilih 30 calon yang berlogo Harapan.