Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
UPKO bekerjasama dengan Warisan-PH kerana ikut kehendak rakyat
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.- Foto Sabahpost

UPKO bekerjasama dengan Warisan-PH kerana ikut kehendak rakyat

BernamaJanuary 10, 2020 7:05 am




Keputusan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) dan bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN), bagi membentuk kerajaan baharu di Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas kerana mengikut pilihan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan.

Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau semasa menyatakan perkara itu berkata analisis selepas keputusan PRU14 lepas mendapati 60 peratus pengundi di negeri ini memilih Warisan dan PH, sekali gus membuktikan rakyat mahukan pertukaran pentadbiran kerajaan.

Justeru, beliau berkata ahli Majlis Tertinggi UPKO duduk berbincang selepas menganalisis situasi berkenaan dan keputusan diambil untuk bekerjasama dengan Warisan dan PH.

“BN hanya memiliki 29 kerusi dimenangi termasuk lima kerusi milik UPKO ketika itu (PRU14), tidak cukup untuk membentuk kerajaan memerintah yang memerlukan 31 kerusi.

“Blok lawan ketika itu (Warisan dan PH) juga memiliki 29 kerusi dan situasi ini menyebabkan pembentukan kerajaan tergantung-gantung, dan dalam keadaan ini, UPKO menganalisis dan melihat keputusan dipilih rakyat,” katanya ketika berucap pada perasmian UPKO Cawangan Penampang Baru,Kimanis pada Khamis.

Penjelasan itu juga, beliau berkata sebagai menyangkal tuduhan bekas Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman yang membangkitkan bahawa UPKO sebagai pengkhianat kepada BN.

“Namun rakyat mahukan perubahan, apabila kerajaan tergantung, kemudian UPKO memikirkan mengenai perjuangan hak orang Sabah serta penyelesaian termasuk masalah kebanjiran pendatang asing,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata UPKO sewaktu pemerintahan kerajaan BN sering digelar sebagai pembangkang dalam BN kerana berani mengkritik sebarang keputusan tidak betul yang dibuat.

Sementara itu, Madius menggesa 2,000 penyokong UPKO di Parlimen Kimanis mengundi calon Warisan Datuk Karim Bujang bagi mengukuhkan kerajaan negeri hari ini yang dipimpin parti tempatan Sabah.

Hari ini, sebanyak  87 penduduk Kampung Daingin dan Kampung Penampang Baru menyertai UPKO Cawangan Penampang Baru.

Pada pilihan raya kecil Parlimen Kimanis 18 Jan ini, Warisan mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Karim, 67, yang akan ditentang calon BN, Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Kabur soal calon PM rencatkan Grand Coalition

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production