Malaysia Dateline

Usah sedih! Banduan VIP diberi layanan berbeza, boleh akses internet atau tidur atas tilam berkualiti tinggi

Umum mengetahui setiap banduan yang dihumban ke dalam penjara disediakan tempat yang sangat tidak selesa tetapi untuk banduan kelas VIP atau orang kenamaan bukan seperti banduan biasa, layanan berbeza.

Apatah lagi banduan VIP yang pernah berjasa kepada negara dan rakyat sudah tentu dia ada keistimewaannya apatah lagi status banduan itu bekas perdana menteri.

Seorang warganet D’eyo Adie (The Hustler) menjelaskan penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa.

Bilik penjara untuk VIP mungkin lebih baik daripada rumah orang awam di mana mempunyai akses yang lebih hebat diberi Tv, internet, buku , aircond atau tilam berkualiti tinggi.

“Jangan terkejut , Bilik penjara VIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam.

“Diberi tv , internet , buku , aircond dan katil tilam berkualiti tinggi,” kata beliau.

Dari segi kos makan dan minum harian bagi banduan VIP, katanya tidak sama seperti banduan biasa atau orang awam.

Katanya, makanan dan minuman untuk banduan biasa berharga RM30 sehari untuk seorang, namun mungkin untuk banduan VIP boleh cecah RM100 ke RM150 sehari.

“Bergantung pada permintaan banduan VIP tersebut, yang akan mohon melalui peguam beliau dari segi kualiti bilik, akses dan keperluan harian.

“So kepada yang semua tengah sedih dan kecewa, jangan risau banduan VIP ni diberi layanan berbeza.

“Dan layanan berbeza tersebut , mungkin mewah berbanding kehidupan orang awam di luar sana.

“Dan satu lagi, kalau anda yang tengah menyokong dan membela banduan VIP, kalau anda sendiri bersalah dan dimasukkan ke penjara. Anda takkan dapat layanan PENJARA VIP sebab anda bukan VIP,” tulis beliau.

Baca juga: Iklan Super Ring pun penyokong Najib sentap

Baca juga: Ingat duit je kena scam, roti pun boleh scam juga