Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Kerajaan pintu belakang khianati mandat rakyat,  AMANAH yakin Tun tidak terlibat
Khalid yakin, TUN Dr Mahathir tidak akan terlibat dalam usaha untuk jatuhkan kerajaan yang dibinanya sendiri.

Kerajaan pintu belakang khianati mandat rakyat, AMANAH yakin Tun tidak terlibat

Oleh BORHAN AHMADFebruary 23, 2020 4:30 pm




AMANAH yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang dikatakan sedang bergerak sekarang kerana usaha itu adalah mengkhianati mandat rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

“Mana-mana usaha yang nak membentuk kerajaan mengikut pintu belakang adalah satu pengkhianatan dan kita tidak akan bersama dengan usaha itu,” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad  dalam sidang medianya hari ini.

Khalid yakin, kalau pun ada usaha untuk membentuk kerajaan pintu belakang itu, Tun Dr Mahathir tidak terlibat.

“Ini kerana semua permintaan partinya iaitu Bersatu telah kita setuju dalam mesyuarat Majlis Presiden,” kata Khalid mengulas khabar yang bertiup kencang sekarang kononnya komposisi kerajaan akan bertukar.

Menurut Khalid, beliau ada dengar khabar angin kononnya satu kerajaan gabungan baru sedang diusahakan.

“Mungkin ada yang tidak puashati. Tetapi bagi saya ia bergantung kepada Tun. Bagi saya tidak ada sebab kenapa Tun perlu bersama faktion yang lain kerana kita telah bersetuju dengan apa yang diminta partinya iaitu dia diberikan masa dan terpulang kepada dia untuk menentukan masa peralihan.

“Kalau kita dah setuju dengan semua itu, apa sebab Tun mahu mencari atau bersama dengan golongan yang nak bersama dengan Pas dan Umno,” kata Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Bukan setakat itu, bahkan kata Khalid, Tun sendiri telah bangun menentang penyelewengan yang dilakukan oleh Umno, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin Umno lain.

“Dia pun dalam mesyuarat kabinet bersyarah panjang tentang pengkhianatan yang dilakukan Umno terhadap orang Melayu, salah guna kuasa dan sebagainya,” kata Khalid.

Walau apapun yang berlaku, bagi Khalid, AMANAH akan kekal dengan Pakatan Harapan.

“Kita tidak akan khianati amanah yang diberikan oleh rakyat. Rakyat memilih Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.

“AMANAH tidak ikut mana-mana pihak, kita pegang prinsip kita,” kata Khalid.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 






widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Darurat mesti cepat bukan lambat

Not all politicians are humble, but this one is

Solidariti pemimpin DAP hulur bantuan pasca banjir Pahang

“Yang mana mau ikut, Menteri Kanan atau Menteri Wilayah”

Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production