Usaha musnah orang cerdik untuk bodek penguasa berterusan, kata Presiden Amanah

Usaha musnah orang cerdik untuk bodek penguasa berterusan, kata Presiden Amanah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) hanya satu lagi episod memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah yang berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

Dalam satu kenyataan beliau membangkitkan kisah sejarah dalam masyarakat Melayu lama.

“Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak.

“Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza
dengan hulubalang dan menteri-meteri disekeliling raja,” katanya.

Dengan kecerdikan Hang Nadim katanya, beliau ditakuti mengancam kedudukan penguasa
dan pelbagai cara digunakan untuk memusnahkannya.

“Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek
pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini, katanya.

Rafizi Ramli menurutnya sebagai Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung
PKR, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan
membuat penyelidikan namun nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

AMANAH tegas beliau mendesak kerajaan Umno-BN menghentikan segera tindakan
pengecut sebegini, kerana orang seperti Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat
dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

“Kezaliman kepada Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara
dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia,” katanya.

TAGS