Usaha sama MRCB-George Kent meterai perjanjian LRT3 dengan Prasarana

Usaha sama MRCB-George Kent meterai perjanjian LRT3 dengan Prasarana

MRCB George Kent Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (Malaysia) Bhd, menandatangani perjanjian kontrak dengan Prasarana Malaysia Bhd.

Dalam kenyataan bersama kepada Bursa Malaysia hari ini, MRCB dan George Kent berkata perjanjian kontrak itu adalah bagi projek Transit Aliran Ringan Laluan 3 (LRT3).

Pada November tahun lepas, syarikat usaha sama itu memperoleh kontrak bernilai RM11.86 bilion untuk membangunkan projek LRT3 dari Bandar Utama di Petaling Jaya hingga ke Johan Setia di Klang.

Nilai kontrak itu termasuk nilai luar jangka dan sementara berjumlah RM400 juta, yang, jika tidak digunakan, akan mengurangkan nilai kontrak.

Pada rehat tengah hari ini, saham MRCB trurun setengah sen kepada 71 sen manakala saham George Kent tidak berubah pada RM1.13.

— BERNAMA